Macam biasa, rutin harian yang sama. Memandangkan peperiksaan short-case yang semakin hampir. Aku makin ligat meneruskan misi mencari perut-perut yang boleh aku palpate. Kalau nak harap diri sendiri ni yang pergi cari seorang diri, memang perjalanan aku hanya one-way menuju ke bilik jela. Maka terpaksalah aku menggunakan pendekatan politik aku dengan berpaut atau mendampingi mana-mana orang rajin. sekaligus aku paksa diri untuk jadi rajin.
kau jangan tak tahu, nabi kata,
" kalau kau kawan dengan penjual minyak wangi, bau badan kau pun jadi wangi. Kalau kau kawan dengan orang buat besi, tak pepasal bau badan kau pun sekali tengik. "
Cerita pasal patient, bukan sekali, bahkan banyak kali dah aku kena rejek dengan patient. Terutama patient melayu. Malu katanya. Aurat katanya.
" kau dah tanya dah patient ni? dia bagi tak? "
" dia tak bagi. Suami dia imam kot. "
Tapi sayang. Lain kali pakai baju lengan panjang sikit ye kak. Bukan perut je aurat, lengan pun aurat juga.
Macam biasa, pagi ini aku aim, paling kurang aku akan urut 3 perut hari ini. Azam yang jarang-jarang aku tanam. Hanya muncul sekali-sekala bila exam menjelang tiba sahaja. Tapi masalah yang aku hadapi kali ini adalah partner aku seorang lelaki.
" chaperone kita takde ni man. Mana nak cari student perempuan? "
" Hmm. Aku pun tak sure. "
" Tula Man, dulu aku dah kata. Carila sorang girlfriend. Senang boleh jadi chaperone. Takyah nak risau pasal exam. "
" Takpela bro. Aku lagi takut tuhan marah, daripada takut gagal exam. "
" Err. Lunch already ke bro? "
Padu kan?
p/s: Biasanya apabila ada new case patient yang duduk dekat bed aku, aku akan tanya soalan pakej selepas selesai clerk. " boleh tak saya nak palpate perut puan? " " Boleh ke saya nak observe puan kat labour room nanti? "
No comments:
Post a Comment