Thursday, 16 April 2015

9 Klon di dunia.


choii. tak sama langsung

Ini cerita kali pertama (minggu pertama) aku masuk klinik O&G. Klinik O&G ni sistem dia lebih kurang sama waktu aku join klinik surgeri tempoh hari. Kalau posting surgeri haritu klinik akan cover by team, sama ada kau team hepato, team upper gi, team vascular, team ENB dan lain-lain.


Sama, klinik O&G akan dicover oleh wad masing-masing, sebagai contoh wad aku, iaitu wad oren, engkau just perlu follow speacialist di klinik pada setiap hari khamis. Dan sepanjang 3 minggu ni. Serius aku tak pernah ponteng lagi klinik. Dasyat? Aku pun tak sangka.


Well, cuma pegi keluar senyap-senyap lunch tu perkara biasa, sebab klinik dia memang lama kot. 


Okeh, berbalik ke topik asal. Waktu first time aku datang. Kaki berjalan pantas sebab aku rasa waktu tu aku dah terlambat untuk pergi klinik Dr. Lee.  Tiba-tiba aku terdengar 2 orang jururawat mengumpat aku dari tepi.


Ciss. Berdesing juga telinga aku dengar benda-benda macam ni. Kau tahu dia kata apa kat aku?


" kak tengok tu kak, muka dia macam hans isaac la "


Kah kah kah. Gua syak kakak ni tak tengok astro. Atau tak pernah tengok ' cuci the movie '. Punyala macho Hans Isaac tu nak dibandingkan dengan aku. Ceh.


Aku buat tak tahu, karang terlebih reaksi karang orang kata aku syok sendiri. Kalau tak layan karang kakak kakak nurse ni kata aku sombong pulak. Aku pun cuba layan untuk hidupkan suasana. Mana tahu, kot kot boleh rapat dengan akak ni. Senang aku nak minta tandatangan logbook kalau kalau emergency nanti.


" ishh. Manade kak. Ngarut je akak ni. "


Yang sorang lagi berkerut teliti muka aku. Mungkin cuba nak confirmkan apakah muka aku ni tally tak dengan muka Hans Isaac. Aku macam biasa. Buat macam nak taknak je layan. Biasa-biasa orang kata.


" haah la, macam Hans Isaac. "


Dalam hati aku kata, hai kak, cukupla sikit-sikit, malu la kalau orang bahan aku nanti. Member duk kiri kanan semua dah mula bahan aku. 


" haah. Tapi, cuma dia gemok sikit ! "


*flip table*


p/s: kalau nak puji orang, jangan la letak perkataan ' tapi ' lepas tu . ' tapi ' tu simpan dalam hati senyap-senyap sudah ye. 

Waktu dekat matrikulasi dulu ada sorang ni kata muka aku macam pelakon indon(aku lupa nama)
Tahun lepas diorang kata macam pelakon mr Arrogant. Kah kah kah. Tapi samakan aku dengan Hans Isaac memang aku tak boleh terima. Tak boleh terima bukan sebab apa. Sebab sampai sekarang bebudak ni bahan aku. Ciss



No comments:

Post a Comment